Susu ibu sememangnya sangat bagus buat anak-anak yang masih bayi. Menjadi satu rezeki dan kebanggaan ibu sekiranya mereka mampu menghasilkan susu badan yang banyak buat anak mereka.
Bagaimanapun, kadang kala susu badan yang tidak habis dan perlu dibuang pastinya membuatkan para ibu bapa terasa begitu membazir memandangkan ada anak-anak yang memerlukan susu ibu.
"Kalau baby tak habis, biar papa habiskan."
Namun, lain pula yang dilakukan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Mr.Rorroy ini apabila memuat naik video sewaktu memegang sepeket susu badan isterinya.
Menurut Mr.Rorroy, anaknya tidak dapat menghabiskan bekalan itu dan akhirnya dia memilih untuk menghabiskan bagi pihak anaknya.
@mr.rorroy Agak2 rasa apa ek 😋
♬ Это любовь - Амирчик
"Agak-agak apa rasa?"
Dalam video tersebut dapat dilihat lelaki berkenaan bertindak mencampurkan susu berkenaan bersama pontongan buah-buahan. Malah, di ruangan kapsyen dia juga sempat berseloorh bertanyakan rasa susu berkenaan.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet agak terkejut selain kembang tekak melihat perkongsian itu. Bahkan, mereka juga tertanya-tanya akan hukum suami minum susu badan milik isterinya.
Tinggalkan Komen