Alami histeria sejak 8 tahun lalu, wanita maut selepas terima rawatan tradisional

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang wanita dilaporkan maut selepas menerima rawatan penyakitnya secara tradisional di Pandan Perdana, Ampang Jaya.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa mengalami histeria sejak lapan tahun lalu dan pernah mendapatkan rawatan pakar psikitri di hospital baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita pada 6.35 petang memaklumkan anak perempuan berusia 41 tahun meninggal dunia.

Menurutnya, dipercayai mangsa datang ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan tradisional sejak seminggu yang lalu.

"Mangsa ditemui dalam keadaan berbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian.

"Siasatan di tempat kejadian masih lagi berjalan dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, susulan itu, polis menahan wanita berusia 51 tahun yang bekerja sebagai pengamal perubatan tradisional pada 7.20 malam semalam.

Suspek akan ditahan reman pada hari ini di Mahkamah Ampang Jaya dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen