“Jangan viral okay!" – Mak Wan Latah mengaku tak bersalah ludah bekas PA

Oleh: Zuzu Yasmine

Dikenali sebagai pelakon veteran kontroversi, Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimatussa'diah Mohd Daud,  dihadapakan ke mahkamah itu atas tuduhan berkelakuan aib iaitu meludah dengan tujuan membangkitkan kemarahan terhadap seorang wanita, bulan lalu.

Bagaimanapun, wanita berusia 61 tahun itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Nur 'Atiqah Sapari.

Sebelum masuk ke kamar bicara Majkamah Majistret Taiping, Mak Wan Latah sempat memberi amaran kepada petugas media yang merakam visual beliau “jangan viral, okay,”.

Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita itu didakwa dengan sengaja meludah kepada Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, di Kampung Titi Kasai, Batu Kurau, di sini kira-kira 7 malam, 24 Jun lalu.

Kesalahan itu dibaca mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Taiping, Inspektor Khoo Thean Heng menawarkan jumlah jaminan RM5,000 terhadap tertuduh sebelum Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000.

Ia selepas peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebngsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh, T Selvadoray meminta mahkamah mengambil kira pendapatan tertuduh yang tidak menentu kerana bekerja sambilan selain merupakan ibu tunggal kepada empat anak.

Majistret turut menetapkan 5 September depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen