Berhabis RM5,100 untuk kasut baru, pemuda tak rela pakai kasut terkena air kopi

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang pemuda membeli sepasang kasut baru selepas kasut yang dipakainya terkena tumpahan air kopi.

Beli baru gara-gara kasut kena kopi.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagia Faisal Aljofry itu memaparkan kasut yang bernilai RM4,700 terkena percikkan air kopi yang terjatuh.

Ingin tetap menjaga penampilan ketika hendak pergi ‘meeting’, pemuda berkenaan membuat keputusan untuk membeli kasut baru yang bernilai RM5,100 dan merupakan design terkini.

@faisaljofry Time nak gi meeting la benda ni berlaku 😅 #fyp #dior ♬ 007 by Riot Ken - tyler funke

Apa yang menjadi perhatian ramai, pemuda berkenaan membayar dengan wang tunai kasut tersebut meskipun harganya memakan ribuan ringgit.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut akan nilai harga kasut yang dibelinya. Malah mereka juga mempersoalan mengapa pemuda berkenaan membayar tunai sedangkan boleh menggunakan kad kredit.

Kita lain bang

Terkejut tahu harga

Faham jelah bayar 'cash'

3 bulan gaji tu bang

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen