Ustaz Kazim kecewa, dituduh terlibat kes amang seksual remaja 14 tahun. -"Umur saya dah 50-an..."

Perasaan ingin tahu yang membuak-buak adakalanya membahayakan diri.

Sedar tak sedar, setiap nama yang dipetik serta tanggapan yang diletakkan pada sesebuah isu akan jadi fitnah kepada individu terbabit.

 

"Saya terkena tempias..."

Berdepan situasi sama, Ustaz Kazim Elias luah terkejut apabila namanya dipetik pihak tak bertanggungjawab dengan memaklumkan dirinya melakukan amang seksual kepada seorang remaja berumur 14 tahun.

"Dalam mereka berteka-teki nak mengetahui gerangan pendakwah terbabit, saya juga terkena tempiasnya."

"Nasib baik umur saya sudah 50-an, malah terdapat nama-nama lain turut disebut-sebut."

-Ustaz Kazim-

Jangan semborono labelkan pesalah ustaz

Selain itu, Ustaz Kazim turut menyatakan kekecewaannya terhadap cara penyampaian segelintir media yang tidak jelas berhubung kes tersebut sehingga boleh menimbulkan fitnah.

"Pemberita patut lebih khusus jika ingin menggambarkan si pesalah. Jangan dibiarkan tergantung atau semborono labelkan dengan gelaran ustaz."

"Sekarang ni zaman orang tunggu masa saja nak hentam ustaz-ustaz. Lebih adil sekiranya gambaran pelaku itu adalah berdasarkan fizikalnya semata-mata."

-Ustaz Kazim-

  

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen