“Tak sampai hati nak tengok.” – Ibu dedah remaja dibakar hidup2 alami trauma, jerit kesakitan tiap hari

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan kejadian seorang remaja 15 tahun yang melecur dipercayai dibakar rakannya, masih trauma dengan kejadian tersebut di Kampung Perasing Jaya, Jabor di sini pada Jumaat lalu.

Ibu mangsa, Anisah Takzim, berkata, anaknya, Muhammad Fiqrie Adam Abdullah yang kini dirawat di unit kebakaran Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, mengadu sering termimpi dan teringat peristiwa yang menyebabkan dia melecur dari leher hingga bahagian depan dan belakang badan.

“Dia juga banyak termenung dan kurang bercakap. Kalau saya tanya apa-apa, baru dia beritahu.

“Saya juga tak nak beri tekanan pada dia dan saya tidak minta dia bercerita tentang kejadian yang berlaku, melainkan dia sendiri yang mulakan perbualan sebab nak bagi ruang untuk dia bertenang,” katanya.

Wanita berusia 50 tahun itu juga memaklumkan bahawa anak daripada tiga beradik itu juga sering meraung kesakitan, hampir setiap hari.

“Tak sampai hati saya tengok dia menangis menjerit sakit dan mengadu panas. Sedih saya lihat keadaan dirinya,” katanya.

Dalam pada itum ibu tunggal berkenaan berharap pelaku yang menyebabkan anaknya mengalami kecacatan kekal menerima hukuman yang setimpal.

“Saya mahu dia diberikan hukuman sebagai pengajaran. Kalau dia sepak dan terajang anak saya, mungkin saya masih boleh terima. Bila dah bakar dan aniaya anak saya sebegini, saya tak boleh terima,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan remaja lelaki tersebut melecur 40 peratus selepas dipercayai disimbah cecair jenis minyak sebelum dinyalakan api gara-gara dituduh mencuri wang RM100.

Seramai enam suspek yang membakar mangsa kemudian ditahan polis dan direman selama lima hari bermula pada Sabtu dan Ahad lalu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen