"Macam mana rezeki nak berkat..." -'Rider' kantoi ambil barang dalam bakul motor lain?

Keterdesakan hidup bukan alasan untuk seseorang melampaui batas dalam tindakannya.

Jika bertemu dengan orang baik, mungkin dia akan memaafkan dan jika bertemu dengan sebaliknya, buruk padah yang menanti.

 

'Rider' curi barang dalam bakul motor?

Mengambil iktibar dari perkongsian nanmanjoi, menyaksikan tindakan seorang 'rider' tanpa rasa bersalah mengambil barang di dalam bakal sebuah motosikal di ruang parkir.

 

Menerusi rakaman CCTV di kawasan itu, kelihatan 'rider' berkenaan berhenti sebentar di sebelah sebuah motosikal.

Usai menyarung jaket kerja, tangannya dengan pantas mengambil bungkusan yang berada di dalam bakul motor tersebut sebelum berlalu pergi.

Pun begitu, pemilik akaun tidak memaklumkan lanjut lokasi kejadian serta laporan berhubung kecurian tersebut.

Cuma diingatkan kepada semua orang agar sentiasa berhati-hati sebelum melakukan sesuatu kerana di zaman serba moden ini, banyak pihak telah memasang CCTV berdekatan mereka.

Jika kerja kotor yang dilakukan itu kantoi, buruk padahnya kepada diri dan masa depan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen