Ingatkan tahi bintang, rupanya serpihan penggalak roket China terhempas gemparkan penduduk Sarawak

Oleh: Zuzu Yasmine

Penduduk Sarawak kecoh apabila dikejutkan dengan obejk di langit dan menghasilkan dentuman kuat serta jatuh ke bumi kira-kira jam 12.50 minit tengah malam.

Bunyi seperti guruh itu membuatkan ramai menyangka meteoroid jatuh ke atmosfera bumi atau tahi bintang.

Bahkan, di media sosial ramai yang berkongsi rakaman mereka mengenai tahi bintang tersebut sekaligus mendapat penjelasan bahawa itu sebenarnya sebahagian daripada serpihan roket angkasa.

@azizmelayu8

 

♬ Ku Petik Bintang Bintang - Amy Search

@ceoofgelakk Katanya berlaku dia Kuching. Betul ke ? #meteor #fyp #fypage #fypシ ♬ original sound - Gelakkkk

Memetik laporan Kosmo, itu sebenarnya serpihan penggalak sebuah roket China terhempas di Lautan Hindi dan pihak Markas Pemerintahan Angkasa Amerika Syarikat (USSPACECOM) mengesahkan roket tersebut terhempas di Lautan Hindi pada pukul 5.45 petang waktu Musim Panas Britain (12.45 tengah malam waktu Malaysia).

Difahamkan, serpihan itu berasal daripada roket Long March 5B yang dilancarkan pada 24 Julai lalu untuk menghantar modul Wentian ke Stesen Angkasa Lepas Tiangong milik China.

“USSPACECOM mengesahkan bahawa roket Long March 5B (CZ-5B) milik Republik Rakyat China (PRC) memasuki semula Lautan Hindi pada kira-kira pukul 10.45 pagi waktu Gunung (12.45 tengah malam waktu Malaysia) semalam.

“Anda boleh merujuk kepada PRC untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai aspek teknikal kemasukan semula seperti potensi penyebaran serpihan dan lokasi impak,” katanya.

Berdasarkan rakaman yang tular, serpihan roket angkasa itu melintasi langit di Kuching, Sarawak dan terhempas di Lautan Hindi tetapi berkemungkinan impaknya memberi kesan ke atas Bintulu.

Semalam, Kosmo! memetik laporan media antarabangsa, pakar-pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) mendakwa bahawa penggalak roket China yang dilepaskan di luar kawalan akan meluncur kembali ke Bumi, lapor portal berita MailOnline.

Saintis-saintis juga mengesahkan serpihan tersebut mungkin jatuh di kawasan berpenduduk di Asia, Afrika atau Amerika Utara.

Serpihan angkasa lepas yang didakwa akan melanggar Bumi itu berasal daripada roket Long March 5B yang dilancarkan pada 24 Julai lalu untuk menghantar modul Wentian ke Stesen Angkasa Lepas Tiangong milik China.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen