Cuba selamatkan ibu dari disambar buaya, wanita ditemui maut dalam keadaan kurang sempurna

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang wanita dilaporkan hilang selepas disambar buaya ketika memancing telah ditemui dalam kejadian di Kinabatangan, Sabah.

Mangsa, Norsila Sayong, 32, ditemui penduduk kampung bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR), 6.35 pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pada awal pagi tadi penduduk kampung yang turut menyertai SAR terdengar pergerakan reptilia tersebut sebelum memaklumkan bomba.

"Pasukan SAR kemudiannya bergerak ke lokasi dilaporkan sebelum menemui tubuh mangsa dalam keadaan kurang sempurna.

"Lokasi penemuan kira-kira 800 meter dari tempat mangsa dilaporkan disambar buaya. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, " katanya.

Semalam, media melaporkan mangsa disambar buaya ketika memancing di tebing sungai berkenaan, 3.40 petang semalam.

Difahamkan, mangsa cuba menyelamatkan ibunya daripada disambar buaya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen