Bergaduh dengan teman lelaki? Gelagat gadis tendang motor jadi perhatian

Oleh: Zuzu Yasmine

Salah faham dalam hubungan itu menjadi perkara biasa yang akan dilalui mana-mana pasangan, bahkan tidak salah untuk merajuk atau berasa marah.

Namun, kadang kala tindakan yang berlebihan di khalayak umum itu pastinya akan menjadi perhatian dan memberi pandangan negatif terhadap seseorang.

Itulah yang dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Nur Haliza apabila memuat naik video memaparkan sepasang kekasih bergaduh.

Dalam video tersebut, dapat dilihat sepasang kekasih yang berpakaian serba hitam sedang berhenti di pinggir jalan.

@nrhxlizx Jangan gaduh gaduh 😂 akak tu terajang motor comel betul . Mesti sakit kaki kan 🫢 #fyp #fypage #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #fypdongggggggg #fypシ ♬ Cinta Sampai Mati - Raffa Affar

Bagaimanapun, tiba-tiba motosikal yang ditunggang lelaki tersebut ditendang wanita berkenaan dipercayai kerana berlaku perselisihan faham diantara mereka.

Susulan pertengkaran itu, gadis berkenaan dilihat melalui celah-celah kereta yang sedang parkir dipercayai bagi mengelak dipujuk lelaki berkenaan.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet seakan berang dengan sikap gadis berkenaan. Malah, mereka turut berpendapat bahawa gadis seperti patut ditinggalkan.

Tinggalkan je bang

Dia je nak kena faham

Tak sampai hati nak buat macam tu

Cukup baik laki tu tak balas

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen