Ainul dah mula minum susu -"Mama yakin keadaan makin baik."

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam, keadaan kesihatan Ainul Mardhiah Ahamd Safiuddin dikatakan sangat membimbangkan terutama selepas tular video kanak-kanak berkenaan berada di dalam ambulans.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani)

Terbaharu, keadaan kanak-kanak yang pernah menghidap kanser mulut Geram cell Tumor itu dikatakan semakin membaik.

Menerusi perkongsian ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi di akaun Instagram memaklumkan anaknya itu sudah mula meminum susu seleas dua hari berpuasa.

Kongsinya lagi, Ainul dikatakan dalam keadaan semakin baik namun masih belum sedar memandangkan ubat tidur masih memberikan kesan.

Dia juga memaklumkan bahawa anaknya tetap aktif walaupun tidak sihat termasuk ketika dijangkiti Covid-19 baru-baru ini.

Dalam pada itu, dia turut berkongsi perkembangan terkini mengenai kesihatan Ainul Mardhiah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Nurul Erwani memaklumkan Ainul Mardhiah sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) di sebuah hospital selepas menunjukkan simptom muntah dan cirit-birit sebelum dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans.

Kanak-kanak itu mula muntah dan cirit-birit dalam masa sehari dan kelihatan sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Untuk makluman, kisah Ainul ini mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr Nur Amalina Che Bakri yang membantu menjalankan pembedahan di London, United Kingdom (UK), bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya ketika kanak-kanak itu berusia sembilan bulan pada Jun 2019.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen