Makanan tak halal punca tak dijemput, wanita tak sangka jiran bangsa Cina diam2 belanja KFC

Oleh: Zuzu Yasmine

Hidup berjiran sudah tentunya akan hidup bersama dengan pelbagai kaum. Lebih seronok lagi apabila hubungan erat diantara ketiga-tiga kaum itu.

Sama juga yang dilalui oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Eikin Hanipah ini apabila berkongsi gelagat jirannya yang berbangsa Cina.

@eikinhanipah It tooks an effort to do this though and i do appreciate this. Thank youuuu Ah Kit & Family ❤️ nanti i belanja u fried mihun my mom buat yang wife u suka 😁 #satumalaysia #noracistnoproblem #kitahidupamandamai ♬ Эта любовь - Amirchik

Menurut Eikin, jirannya itu ada mengadakan majlis ulang tahun kelahiran anaknya namun tidak mengudang dirinya memandangkan kesemua makanan yang disediakan tidak halal.

Namun, siapa sangka apabila jirannya itu memaklumkan agar dirinya tidak membeli makanan kerana telah membelikan KFC buat mereka.

Tersentuh akan kebaikan itu Eikin menyatakan bahawa miliki jiran yang baik itu merupakan satu rezeki malah berjanji akan belanja bihun kesukaan mereka.

Melihat ke ruanga komen, rata-rata turut senang melihat sikap jiran yang baik hati serta pandai menjaga hubungan silaturahim itu. Bahkan, mereka juga berkongsi beberapa sikap rakan mereka yang berbangsa lain.

Jiran baik pun rezeki juga

Sikap kawan lain bangsa

Sweet jiran macam ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen