Berang rambut dipotong, pelajar tingkatan 3 tergamak pukul cikgu displin

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitu juga jika ingin mendidik anak-anak pastinya perlu bermula dari awal.

Memetik laporan Harian Metro, seorang pelajar tingkatan 3 naik berang apabila rambutnya dipotong dan tergamak memukul guru wanita berkenaan di sebuah sekolah menangah di Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

Dalam kejadian yang kira-kira 12.30 tengah hari itu, mangsa yang juga guru disiplin berusia 52 tahun ketika itu sedang membuat rondaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, guru wanita terbabit menerima laporan daripada seorang guru berhubung pelajar lelaki berusia 15 tahun yang berambut panjang.

"Pelajar lelaki itu marah dan mengugut mahu membunuh. Dia kemudian bertindak memukul mangsa dengan batang penyapu.

"Akibat pukulan itu, mangsa cedera di mata kirinya," katanya.

Arsad berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor melakukan serbuan ke sebuah rumah dan menahan suspek.

"Hasil ujian air kencing suspek adalah negatif dan semakan rekod mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah.

"Suspek ditahan reman bermula hari ini hingga esok membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 506 (KK)," katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen