Tak puas hati dengan upah diterima, abang 'rider' pakat mogok selama 24 jam

Oleh: Zuzu Yasmine

Kecoh di media sosial dimana orang ramai diminta untuk tidak menggunakan perkhidmatan penghantar makanan selama 24 jam pada 5 Ogos 2022.

Difahamkan, perkara itu dilakukan berikutan ‘rider’ merancang melaksana mogok kerana tidak puas hati terhadap syarikat pengendali.

Menurut Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) Zulhelmi Mansor mengesahkan rancangan itu yang menunjukkan solidariti rider terhadap isu berbangkit yang masih tiada penyelesaian.

"Ia termasuk isu kadar upah yang tidak tetap dan dimanipulasi syarikat serta isu tambang yang tidak setimpal dengan aplikasi yang menekan penghantar p-hailing.

"Mungkin dengan cara ini (mogok) ia boleh memberi tekanan kepada syarikat penyedia perkhidmatan," katanya.

Difahamkan mogok itu sudah dirancang sejak dua ke tiga minggu lalu, dan menjangkakan hampir semua rider akan mengambil turut serta.

"Apa yang kami mahukan daripada tindakan ini adalah supaya syarikat penyedia perkhidmatan tidak memandang mudah dan peka dengan kebajikan penghantar.

"Selain itu, kita juga mahu kerajaan ambil tindakan terhadap masalah ini. Saya yakin kerajaan tahu tetapi hingga kini tiada penyelesaian," katanya yang berharap pengguna memahami tindakan diambil golongan itu.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai poster penghantar makanan daripada pelbagai syarikat penyedia yang akan mengadakan mogok 24 jam esok.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen