Tak tahu 'parking' bas, pengunjung MAHA rasa teraniaya didenda RM100? -"Letaklah tanda..."

Salah seorang pengunjung program anjuran MAHA di Serdang, meluahkan rasa terkilan dengan pihak pengurusan di sana berhubung sistem pengendaliannya.

Didenda sebab salah 'parking'

Dia seolah-olah merasakan telah dianiaya apabila dikenakan denda berjumlah RM100 gara-gara meletakkan kenderaan di tempat bas.

 

@anipdrone ANIAYA ORANG! AKU DAH CALL PIHAK MARDI MASING2 LEPAS TANGAN. VIRAL JELA SEBELUM RAMAI YG KENA #MAHA #MAEPS #MARDI #maha2022 ♬ original sound - Anip_Drone

 

Tidak terhenti di situ, di kawasan berkenaan juga kelihatan beberapa buaah kenderaan 'towing' yang sepertinya sedang bersiap untuk menarik kereta yang masih berada di situ.

Pihak pengurusan lepas tangan?

Menurut pemilik akaun, tindakan itu sememangnya  tidak wajar kerana pengunjung sama sekali tidak diberitahu akan ruang tersebut hanya dikhaskan untuk bas sahaja.

Malah, tiada sebarang papan pun tanda diletakkan di situ sekaligus membuatkan pengunjung beranggapan sesiapa sahaja boleh menggunakan ruang tersebut.

 

Menerusi video tersebut, pemilik akaun turut memaklumkan telah membawa perkara tersebut ke pihak MARDI, namun masing-masing sepertinya lepas tangan dengan kes tersebut.

 

 

"Perniagaan yang dirancang" 

Bukan itu sahaja, warganet juga beranggapan tindakan tersebut tidak adil dan lebih kepada menindas orang ramai sahaja.

 

"Aniaya orang namanya tu"

 

"Rakyat tak support, marah pula"

"Saya mangsa..."

Adapun begitu, beberapa individu juga ada berkongsi di ruangan komen akan kejadian sama menimpa mereka sewaktu berkunjung ke program tersebut.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen