Penat dengan komen negatif di Tiktok, ibu anak tiga maut dipercayai bunuh diri

Penat dengan komen negatif yang sering dilemparkan ke atasnya, seorang wanita yang juga merupakan Tiktokers popular dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, pagi semalam.

 

Tertekan dengan komen negatif

Menerusia maklumat yang diperoleh daripada IPD Subang Jaya, mangsa dipercayai cuba membunuh diri sebelum dikejarkan ke hospital sekitar jam 11.45 malam (6 Ogos).

“Mangsa telah dibawa oleh keluarganya ke hospital dalam keadaan masih bernafas dan meninggal dalam perjalanan."

"Hasil siasatan awal dimaklumkan bahawa si mati pernah mengalami tekanan perasaan dan mendapat rawatan di sebuah klinik swasta di Petaling Jaya.

"Pemeriksaan tempat kejadian dan fizikal si mati telah dibuat, tiada kesan berlakunya unsur-unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR).

"Post mortem telah dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya,"

-Polis IPD Subang Jaya-

Bagaimanapun, polis berkata setakat ini tiada aporan yang dibuat oleh di mati atas dakwaan menjadi mangsa gangguan buli siber.

 

Tidak boleh bertolak ansur lagi

Untuk rekod, mangsa yang bernama Shasikala Nadrajah sangat aktif di Tiktok dan sering berkongsi pandangannya tentang pelbagai topik seperti persekolahan di rumah, gangguan seksual dan cara mengekalkan penjagaan beg tangan.

Adapun begitu, seorang pemilik akaun Tiktok bernama Rose Veronice mendedahkan bahawa anak-anak Shashikala memberitahu ibu mereka tidak boleh bertolak ansur lagi dengan komen negatif di akaun Tiktoknya.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen