Pilihlah Wanita Eksklusif.

Aurah bermaksud keaiban. Ini bermakna, aurat adalah bahagian tubuh yang wajib ditutup dari pandangan orang lain. Dalam Islam, kita hanya dibenarkan membuka aurat kepada orang-orang tertentu sahaja. Banyak hikmah yang tersembunyi apabila seseorang menutup aurat dengan sempurna. Antaranya, menutup aurat bagi seorang perempuan dapat mengelakkan seseorang daripada diganggu oleh orang lelaki. Mereka menutup dengan sempurna juga akan merasa terselamat dengan pakaian tersebut.



Ciri-ciri yang digariskan dalam Islam untuk memilih calon pasangan untuk dikahwini adalah seorang yang faham dan amal mengamalkan ajaran Islam. Menutup aurat salah satu yang diajarkan dalam Islam. Seorang wanita yang baik, dia akan menutup auratnya dengan sempurna kerana:

1. Menjaga diri.

Kita boleh lihat banyak kajian-kajian yang dilakukan mengenai perbezaan orang yang menutup aurat dengan orang yang membuka aurat. Orang yang membuka aurat kebiasaannya akan diganggu oleh lelaki kerana mereka terasa terangsang dengan aurat yang didedahkan. Huh. Seram juga nak tulis. Tapi ini adalah realiti. Orang yang menutup aurat akan lebih terjaga dan tidak diendahkan oleh orang lelaki dengan syarat perempuan itu juga perlu menjaga tingkah laku di hadapan lelaki.

2. Eksklusif.

Aurat hanya boleh didedahkan kepada orang tertentu sahaja. Itu pun ada had-had yang perlu dipatuhi agar pakaian itu dapat menjaga syahwat lelaki kecuali untuk suami. Kecantikan seorang wanita hanya boleh ditunjukkan hanya kepada seorang yang bernama suami sahaja. Jika seorang wanita membukanya, hilanglah eksklusif itu terhadap suaminya. Pilihan ditangan anda wahai seorang lelaki.

3. Menunjukkan kepatuhan kepada agama.

Menutup aurat juga adalah sebagian daripada adab dan tatasusila yang telah ditetapkan dalam agama Islam. Jika seorang wanita menutup aurat dengan sempurna, ini bermakna dia taat dan patuh terhadap agama Islam. Mungkin pada sisi lain dia belum sempurna, tetapi dia berusaha untuk memperbaiki diri dengan menutup aurat terlebih dahulu.



Ya. Lelaki juga perlu menjaga pandangan. Jika golongan lelaki dan perempuan sama-sama menjaga pandangan dan aurat, bukankah itu perkara yang baik. Malah ini menjadikan dunia ini lebih aman. Apapun buatlah pilihan yang bijak. Jika anda rasa mampu untuk membimbing wanita yang tersebut ke arah yang lebih baik, persilakan. Mudah-mudahan si dia akan lebih dekat dengan agama.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen