Adakah Seorang Lelaki Yang Baik, Sukar Untuk Dicintai?

Untuk menyintai lelaki yang baik adalah sesuatu perkara yang agak sukar. Lelaki yang baik itu tidak semestinya seorang yang sempurna kerana dia melakukan sesuatu perkara bukan untuk menjadi sempurna tetapi dia adalah seorang yang bermoral. Lelaki ini berwawasan dan mempunyai standard tersendiri kerana dia sendiri mahu memastikan setiap perilakunya selaras dengan piawaiannya.

Lelaki yang baik tidak akan melakukan sesuatu perkara yang di ambil mudah, mahu pun yang remeh tetapi dia melakukan sesuatu perkara yang dia tahu kebaikannya terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Sukar bukan?

Lelaki yang baik tidak akan mencuba untuk berbohong kepada pasangannya, malah dia sedaya upaya untuk mencuba memahami hati pasangan. Lalu dia akan merasakan semua perkara itu sangat remeh padanya dan apabila dia terlalu kecewa, melepaskan amarah adalah solusinya. Tetapi anda tidak boleh melepaskan geram kepadanya, kerana dia masih seorang lelaki yang baik.

Kadang kala lelaki yang baik ini, sanggup untuk menerima panggilan daripada bekas kekasihnya walaupun ketika itu dia bersama dengan pasangan. Pada fikirannya, mungkin ketika itu bekas kekasihnya membuat panggilan kerana hal emergency dan dia merasakan itu adalah suatu kewajipan yang dia perlu lakukan sebagai lelaki yang baik. Lelaki yang baik akan melakukan yang terbaik, tidak kira dalam apa jua situasi.

Lelaki yang baik adalah seorang yang sangat setia walaupun dengan keluarga atau sahabatnya sendiri. Dia sanggup melakukan atau memberikan segala-galanya apa yang mereka mahu dan ketepikan segala kemahuan sendiri. Jika dengan kekasih hati, mereka sangat mementingkan kepercayaan dan kejujuran, sekali anda menghancurkan kepercayaan itu amat susah si dia mahu lari dari situasi yang sangat mengelirukan.

Hanya seorang wanita yang bertuah sahaja akan dapat memiliki lelaki yang baik ini, dan tidak akan cuba sesekali untuk mengecewakan mereka. Untuk menjadi lelaki yang baik sangat sukar, kadang kala sangat mengecewakan kerana tiada siapa dapat menyalahkan dirinya kerana dia menjadi terlalu baik. Lelaki ini sentiasa berhati-hati dengan setiap perilakunya dan positif. Situasi ini menyebabkan pasangannya sukar untuk meninggalkannya malah lebih menyayangi mereka dengan lebih mendalam.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen