Hari bekerja tidak berkurang, cuma waktu kerja akan dipendekkan mulai 1 September 2022

Memetik sumber Berita RTM, pindaan Akta Kerja 1995 yang telah diluluskan di Parlimen pada 29 Mac 2022 akan dikuatkuasakan pada 1 September 2022.

Difahamkan, pindaan tersebut berhubung pengurangan dan fleksibiliti waktu bekerja.

 

Waktu bekerja mingguan dipendekkan

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang berkata, ini selaras dengan konvesyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa bagi meningkatkan produktiviti buruh dan memeliharan kebajikan pekerja serta keluarga.

"Akta ini juga memperkenalkan seksyen baharu mengenai aturan kerja fleksibel untuk membolehkan pekerja memohon kepada majikan untuk melaksanakan pekerjaan mengikut kesesuaian waktu kerja, hari bekerja atau tempat kerja termasuk bekerja dari rumah bagi situasi-situasi mendesak seperti pandemik COVID-19.

"Dengan pindaan ini, majikan boleh membuat aturan jumlah hari bekerja mengikut kesesuaian operasi syarikat masing-masing dengan memastikan jumlah waktu yang ditetapkan,"

-Datuk Awang-

Maka dengan itu, kerajaan akan mengurangkan waktu bekerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen