Baru-baru ini, tular satu hantaran di Facebook oleh pemilik akaun bernama Nazrah Mohamed yang memaklumkan bahawa anaknya yang belajar di MRSM Kuantan dibuli.
Kes dibuli cuma satu helah?
Hal itu kemudiannya menjadi bualan dan perhatian warganet bilamana rata-ratanya luah curiga dengan kes tersebut.
Ada yang mendakwa bahawa semua bukti yang diperoleh kebarangkalian dilakukan oleh pelajar itu sendiri.
Demikian setelah mendapati rupanya sebelum ini dia ada luah hasrat untuk pindah sekolah tetapi tidak dituruti oleh ibu bapanya membuatkan dia nekad melakukan sesuatu.
"Ini kes individu, bukan kes buli"
Tidak terhenti di situ, ada juga yang mendakwa bahawa pelajar terbabit berkemungkinan mempunyai masalah tekanan atau trauma dengan sesuatu kejadian.
Ini kerana apabila melihat cara penulisannya yang 'menekan' selain mendapati beberapa lukisan yang dilakar seakan di dalam drama 'psiko' dari Korea.
"Aku dah pernah alami!"
Lebih menguatkan lagi keyakinan mereka bahawa kejadian itu cuma helah, bilamana ada individu mendedahkan anaknya juga pernah melakukan perkara sama.
Tujuannya juga adalah kerana ingin berpindah sekolah dan dengan cara itu mereka yakin akan mendapat persetujuan dari ibu bapa atau penjaga.
Polis panggil lima individu
Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk orang ramai membuat spekulasi sendiri memandangkan perkara itu juga masih dalam siasatan.
Menurut Ketua Polis Daerah iaitu Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, laporan pertama diterima daripada pihak sekolah pada 8 Ogos lalu, laporan kedua adalah dari ibu kepada pelajar berkenaan.
Bukan itu sahaja, lima orang telah dipanggil untuk beri keterangan berhubung kes itu.
Tinggalkan Komen