Pintu keliling 'homestay' dikunci dari luar, geng RXZ terkedu bangun tidur motor hilang

Belum pun hilang penat jalan jauh, beberapa individu yang mengikuti himpunan 'RXZ Member 4.0' pada Jumaat lalu putih mata apabila mendapati  motosikal milik mereka hilang.

 

RXZ kena rembat lepas 'event'

Menerusi hantaran Mohamad Adib, mereka menyedari kejadian itu selepas Subuh sewaktu menginap di 'homestay' Kampung Pak Tijah, Kuala Terengganu.

 

 

Menurut kenyataan Adib, seramai dua orang pelaku disyaki terlibat dalam kejadian tersebut dan mereka telah membawa lari sebuah motosikal RXZ berwarna 'purple yahoo' dan sebuah RXZ 'catalyzer' berwarna biru.

"Sorang pakai helmet dan sorang tak pakai helmet"

Pintu keliling rumah dikunci

Bukan itu sahaja, kesemua mereka yang berada di dalam 'homestay' terkedu apabila mengetahui rupanya mereka telah terperangkap.

Bermula dari pintu depan, tepi dan pintu belakang dikunci oleh pencuri tadi sebelum melarikan diri membawa motosikal yang diletakkan di luar rumah.

Justeru itu, dengan adanya kuasa 'viral', amat besar harapan mereka agar  orang ramai dapat bantu menjejaki semula kedua-dua buah motosikal yang hilang.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen