Laluan sempit sebab 'bollard', wanita luah hairan cara DBKL 'design' jalan

Penambahan infrastruktur di bandar mahupun luar bandar tidak lain pastinya ingin memudahkan urusan orang awam, terutamanya pejalan kaki atau golongan orang kelainan upaya (OKU).

Dalam waktu sama, juga demi menjamin keselamatan mereka apabila berada di kawasan yang sesak dengan kenderaan seperti motosikal, kereta mahupun kenderaan berat.

 

"Susah nak tolak stroller'

Adapun begitu, beberapa 'design' yang ataupun cara pembinaan itu mungkin bukan dilihat memudahkan tetapi sebaliknya adalah menyukarkan urusan mereka.

Misalnya seperti yang dikongsi oleh pemilik akaun Twitter bernama @EmmayuliYana.

 

 

Dalam video tersebut, menyaksikan kesukaran yang dilaluinya apabila 'stroller' anaknya tidak boleh melalui laluan pejalan kaki kerana susunan 'bollard' yang rapat dan banyak di Ibu negara.

Di samping itu, dia turut terfikir sekiranya ada golongan OKU yang menggunakan kerusi roda ingin melalui kawasan berkenaan.

"Nak halang motor lalu situ"

Menurut warganet, tujuan 'bollard' tersebut diletakkan di laluan pejalan kaki adalah bagi mengelakkan motosikal menggunakan laluan berkenaan, terutamanya apabila berlaku kesesakan.

 

"Tapi kitalah jadi tanggung akibat"

Bagaimanapun, dari sisi lain hal itu mungkin lebih menyukarkan orang awam seperti wanita terbabit yang membawa 'stroller' bayi serta golongan OKU.

"Diaorang tak uji dulu"

"Kena cari rekaan sesuai"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen