Badan penuh kesan lebam, video lelaki dipukul majikan depan kilang tular

Sejak beberapa hari ini, tular di laman Facebook akan sebuah video menyaksikan tindakan kejam seorang lelaki didakwa majikan sebuah syarikat tergamak memukul pekerjanya.

 

Video majikan pukul pekerja tular

Detik kejadian dapat dilihat menerusi perkongsian Seremban Page yang sekaligus meminta orang ramai untuk menyebarkannya sehingga menjadi perhatian.

 

Tak berhati perut!

Difahamkan, kes pekerja dipukul majikan di syarikat itu sudah 'makan' tahun, namun masih tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas pelaku berkenaan yang disifatkan tidak berperikemanusiaan.

Badan penuh kesan lebam dan luka

Berdasarkan beberapa video lain, turut kelihatan keadaan salah seorang pekerja bilamana badannya dipenuhi dengan lebam dan kesan luka akibat daripada perbuatan majikannya.

 

Menurut sumber diperoleh, kilang tersebut terletak di Senawang, sementara video pula dikongsi oleh individu yang ingin dirahsiakan identitinya, malah rakaman tersebut juga diambil agak jauh daripada kilang berkenaan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen