Didera dan dipaksa makan cili, suara budak lelaki meraung undang simpati

Saban hari, kes penderaan dilihat makin membimbangkan di Malaysia.

Hal itu sekaligus membuatkan kita tertanya-tanya di manakah letaknya hati mereka sehingga sanggup berbuat demikian, walhal binatang yang tak berakal pun tahu menjaga anak.

 

Video penderaan di taska tular

Terbaharu, tular di laman Facebook akan sebuah video menyaksikan perbuatan seorang pengasuh taska mendera salah seorang kanak-kanak yang menghuni di situ.

 

Sepertimana yang dilihat, kanak-kanak itu meraung sekuat hati apabila diperlakukan dengan kasar oleh wanita terbabit.

Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku di Kepong itu kanak-kanak terbabit dipukul dan disuap sesuatu kedalam mulutnya yang dipercayai biji cili.

Polis tunggu laporan

Memetik sumber Majoriti, rakaman diperoleh daripada pemilik akaun Angel Ng yang dimuat naik olehnya pada Ahad.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sentul , Asisten Komisioner Beh Eng Lai berktaa, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan insiden itu.

"Jika ibu bapa mangsa membuat laporan, maka kita akan mempertimbangkan untuk buka kertas siasatan."

-Beh Eng Lai-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen