Belum reda isu ayam, pemuda tunjuk kotak KFC pula kini tak bergambar?

Selain menerima rungutan tentang saiz ayam yang makin kecil, syarikat makanan francais terkenal, KFC juga sebelum ini ada menerima aduan tentang servis mereka yang makin perlahan.

Itu tidak lain pastinya disebabkan oleh kekurangan tenaga pekerja.

 

Janggal kotak KFC warna putih

Tidak terhenti di situ, salah seorang pelanggannya ada berkongsi pengalamannya sewaktu berbelanja di premis berkenaan, bilamana dia terkejut melihat bungkusan mereka.

 

@mohd_zubir Aku bru perasan atau dah lama dah …. #xyzbca #hanyakonten #hanyacontent #fyp ♬ original sound - zzack🍁

 

Dalam paparan itu, kelihatan bungkusan ayam serta bekas air yang diterima berwarna putih, kosong tanpa logo.

Tidak seperti bungkusan yang diberi kepada pelanggan sebelum ini membuatkan dia rasa janggal.

Bagaimanapun, dia tidak memandang perkara itu sebagai satu isu, cuma sekadar berkongsi pengalaman andai ada yang pernah terkena nasib sama.

"Lepas makan, buang juga"

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya rancak berseloroh meminta agar pemuda itu jangan mengambil serius akan perkara itu kerana selepas makan, kotak tersebut akan dihumban ke tong sampah juga akhirnya.

"Nasib tak suruh bawa bekas sendiri"

"Ada cawangan yang tak ada"

Adapun begitu, segelintir netizen pula memaklumkan bahawa beberapa cawangan KFC sedang berdepan masalah sama, namun tidak tahu puncanya.

"KFC dalam proses bayar saman?"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen