Bawa orang kampung jalan2 naik helikopter, jutawan Terengganu dipuji tak lupa diri

Ketinggian budi seorang insan bergelar jutawan dari Terengganu ini benar-benar membuatkan ramai terinspirasi dengannya.

Bagi yang mengenali Tuan Mohamad Azlan Al-Amin pasti tahu akan kisahnya yang pernah menjadi pengutip sampah sehingga akhirnya dia berjaya mengubah nasib hidupnya dan keluarga.

 

Bawa orang kampung naik helikopter

Bagaimanapun, apa yang membuatkan ramai mengaguminya bilamana melihat beliau tetap merendah diri dan tidak lupa asal usulnya.

Hal itu mungkin dapat dilihat menerusi perkongsian sr95insanbiasa di laman Tiktok.

  

@sr95insanbiasa

 

♬ İnto Your Arms - Slowed & Reverb - Panmix

 

Dalam video tersebut, kelihatan orang kampung sedang berkumpul di kawasan lapang menunggu giliran untuk menaiki helikopter.

Pemilik heli pun turun padang

Turut ada bersama mereka adalah Tuan Azlan yang juga merupakan pemilik pengangkutan udara itu.

Masing-masing nampak teruja dapat merasai pengalaman berharga itu, tambahan pula 'moment' tersebut merupakan satu peluang yang mungkin sukar diperoleh di mana-mana.

 

"Dia prihatin"

Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji cara Tuan Azlan menyantuni penduduk kampung.

"Layak dicontohi"

 

Kongsi rezeki

Bukan itu sahaja, mereka juga mendoakan agar beliau dimurahkan rezeki selain berharap agar kebaikan sentiasa mengiiringi kehidupannya selepas ini.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen