Kesian lihat industri 'dilacur', Dato' Awie tempelak 'influencer' acah artis. -"Jangan buat malu!"

Ekoran hangat diperkatakan oleh orang ramai akan video yang tular sejak kebelakangan ini, penyanyi lagenda iaito Dato' Awie menyifatkan tindakan dua orang 'influencer' hanya memalukan nama Malaysia.

 

Industri seni sangat teruk

Beliau ketika ditemu bual luah rasa terkilan dan kasihan melihat industri seni di negara ini yang makin tidak tentu arah, malah mula dipelopori oleh mereka yang bukan dilahirkan dalam bidang itu.

 

@nasrulnuddinnasri Bila Dato' Awie bersuara. Saya sokong. 👍🏻💯 #DatoAwie ♬ original sound - Nasrulnuddin Nasri

"Saya kesian dengan industri dilacuri oleh mereka yang tak ada jiwa sebagai anak seni, mereka gunakan platform ini untuk kepentingan diaorang kerana diaorang berduit."

"Saya sedih, apa nak jadi dengan industri ini kalau telah dilacuri dengan teruknya, teruk sangat."

-Dato' Awie-

"Diaorang bukan penyanyi"

Menurutnya yang sudah 37 tahun dalam dunia industri, terlalu banyak hal telah dilalui dan beranggapan bahawa adalah sebaiknya jika peluang diberikan kepada mereka yang selayaknya.

"Diaorang ni bukan kategori penyanyi langsung, nak bercakap pun tak sedap apatah lagi menyanyi, minta maaflah saya bukan bagus sangat tapi saya sayangkan industri ni."

"Betapa susahnya kitaorang 'tebas rumput' untuk bagi jalan elok, tiba-tiba datang orang yang berduit hancurkan industri ni."

-Dato' Awie-

Justeru itu, amat besar harapan beliau kepada individu yang bukan dalam bidang itu tidak memburukan nama sendiri serta negara dan memberi peluang kepada generasi yang benar-benar ingin menceburkan diri dalam industri seni.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen