Dikompaun jika tak kibar bendera? Netizen selar tindakan Majlis Bandaraya Kuantan

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Kuantan menerima pelbagai respon dalam kalangan warga netizen.

Peniaga 'dipaksa' kibar bendera?

Ini kerana apabila mendapati pihaknya akan mengeluarkan kompaun kepada mana-mana pemilik perniagaan tempatan yang gagal mengibarkan Jalur Gemilang serta bendera negeri itu menjelang Hari Kebangsaan tidak lama lagi.

"Adalah diingatkan bahawa pematuhan terhadap arahan pemasangan bendera bagi hari kebangsaan dan kebesaran merupakan sebahagian daripada syarat lesen premis yang dikeluarkan oleh Majlis (Bandaraya Kuantan).

"Pemilik premis juga perlu memastikan tiada Jalur Gemilang dan bendera negeri (Pahang) yang telah lusuh dan koyak berada di premis anda.

-Majlis Bandaraya-

Dikompaun jika gagal patuh

Difahamkan, mereka diberi tempoh 3 hari untuk memasang bendera berkenaan yang mana mula berkuatkuasa pada Isnin lalu.

"Oleh itu semua pelesen diberi tempoh 3 hari berkuatkuasa hari ini untuk memasang bendera dan tindakan kompaun akan mula dijalankan secara besar-besaran selepas tempoh ini,"

-Majlis Bandaraya-

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut jumlah kompaun yang akan dikenakan, namun menerusi laporan New Straits Times pada 2018 berkata premis perniagaan Kuantan boleh dikenakan denda sejumlah RM250 jika mereka tidak mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri antara tarikh 1 Ogos hingga 16 September.

"Apa benda lah mengarut"

Sementara itu, meninjau pula ke ruangan komen, ramai luah hairan dengan arahan tersebut yang dianggap seperti memaksa individu untuk berbuat demikian.

"Kompaun je kerjanya"

"Makin gila oi!"

"Sampai macam tu kena paksa"

Menurut mereka, tindakan itu sekaligus menghakis semangat patriotik bukan sahaja dalam kalangan peniaga, tetapi sesiapa sahaja jika diasak sebegitu.

 

"Gunalah cara lain"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen