Paling manja dalam adik beradik, ayah sebak tahu 'si bongsu' bakal jadi ibu

Dalam adik beradik, mesti ada salah seorang merupakan anak kesayangan ibu mahupun ayah.

Itu bukan bermakna mereka pilih kasih, tetapi perhatian serta layanannya mungkin lebih sedikit berbanding yang lain.

 

Mengalir air mata, anak kesayangan hamil

Samalah seperti yang dilalui oleh adik bongsu kepada pemuda ini, yang mana perkongsiannya ada dimuat naik di platform Tiktok sehingga menjadi perhatian ramai.

 

@kamkocam

Dulu masa adek sekolah menengah, ayh jd security kt sekolah tu. Pastu masa adek buat part time kje The Store, ayh jd security kt situ pulak. Masa adek praktikal, ayh jd pulak security kt tmpat tu. Kalau pnah tengok cte papadom, haa sebijik mcm tu. hahahaha!

♬ Cinta Terakhirku - Bagas Ran

 

Dalam video tersebut, menyaksikan detik bilamana adik bongsunya bernama Kamalizzah memberitahu khabar kehamilannya di dalam kereta.

Kelihatan sang ayah menyeka air mata, tumpang gembira dengan berita baik tersebut.

Teringat cerita 'papadom'!

Di sebalik 'moment' itu, rupanya ada kisah lain yang mengejutkan ramai apabila mengimbau kembali pengorbanan ayah mereka kepada anak kesayangannya itu.

"Adik saya ni memang manja dengan ayah. Mana-mana dia pergi semua ayah ada. Saya masih ingat lagi dulu ayah kerha Telekom tapi dia bersara awal."

"Lepas berhenti kerja dia terus jadi security dekat sekolah adik. Bila adik habis sekolah, dia buat kerja sambilan dekat The Store jadi ayah berhenti sekuriti dekat sekolah untuk jadi pengawal dekat pasaraya pula."

"Masa adik praktikal dekat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), ayah pun minta kerja dekat situ juga. Pernah juga ada satu tempat kerja sambilan adik dulu di pasaraya tapi ayah tak dapat jadi sekuriti jadi setiap hari dia datang tengok. Bila tanya, alasannya nak beli barang, padahal semua tahu nak tengok adik."

-Abang-

Layanan ayah tetap sama

Meskipun begitu, pemuda berkenaan menegaskan bahawa layanan serta keprihatinan ayah terhadap empat anaknya tetap sama rata.

Malah, adik beradik yang lain turut memanjakan adik bongsu mereka seorang itu.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen