Setahun simpan rahsia, pelajar dedah diminta jawab soalan kaji selidik ‘lucah’ dari pensyarah

Oleh: Zuzu Yasmine

Gangguan seksual bukan hanya berlaku dalam kalangan rakan sekerja namun juga boleh terjadi kepada para pelajar yang meningkat dewasa.

Meskipun memberi trauma kepada mangsa, namun gangguan seksual seperti ini masih kerap berlaku malah dipantang ‘enteng’ oleh segelintir pihak.

Pensyarah buat kaji selidik lucah

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Awwinnn mendedahkan akan rahsia yang sudah setahun disimpan dimana dia diganggu secara seksual oleh pensyarahnya.

Walaupun laporan polis telah dibuat, namun sehingga kini masih lagi tiada tindakan membuatkan gadis berkenaan memilih untuk menularkan isu tersebut.

Niat nak tanya tugasan

Menurut Awwinnn, awalnya dia menghantar pesanan Whatsapp kepada pensyarah tersebut bagi menanyakan mengenai tugas yang dilakukan.

Bagaimanapun, dia diminta untuk menjawan satu borang kaji selidik yang mana hampir setiap soalan berunsur lucah.

Siap ajak buat onani

Pada awalnya, gadis berkenaan bersangka baik akan sikap dengan pensyarah tersebut dan tidak syak apa-apa memandangkan kes gangguan seksual kerap berlaku ketika itu.

Namun sangkaannya meleset apabila pensyarah tersebut menanyakan soalan jijik dan mengajak melakukan onani ketika membuat panggilan telefon.

Sedar dirinya terkena gangguan seksual, Awwinnn yang trauma telah mengumpul bukti sebelum membuat laporan polis akan kejadian tersebut bahkan segala bukti juga telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Walau bagaimanapun, kecewa buat dirinya apabila sehingga kini masih tiada tindakan yang diambil malah pihak berkuasa memberi alasan bahawa analisis forensik masih belum siap.

Nak selesaikan guna orang tengah

Bukan itu sahaja, pensyarah berkenaan juga dikatakan menggunakan orang tengah untuk menyelesaikan perkara jijik tersebut.

Semoga urusan gadis ini menuntut bela dipermudahkan malah menjadi pengajarn kepada orang lain bahawa gangguan seksual itu meninggalkan kes trauma yang mendalam pada mangsa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen