Asyik minta harga murah, peniaga 'bundle' mengamuk koyakkan baju waktu 'live'

Benarlah kata pakar yang berpengalaman bahawa berada dalam bidang perniagaan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Demikian kerana tidak lain mereka akan berdepan dengan pelbagai rintangan yang adakalanya membuatkan seseorang itu putus asa dan harapan.

 

Mengamuk waktu 'live' bundle

Bagi menggambarkan kenyataan itu, mungkin dapat dilihat menerusi perkongsian Dee Andy di laman Facebook.

Dalam paparan berduras 2 minit itu, kelihatan seorang lelaki yang juga merupakan pengusaha pakaian terpakai (bundle) mengamuk di dalam 'live'.

 

Koyak baju, terajang barang

Selain mengoyakkan baju, dia juga terajang beberapa alatan niaga, termasuk pakaian yang berada berdekatan dengannya.

Difahamkan, lelaki tersebut bengang apabila ramai meminta harga murah darinya, walhal dia juga sedang cari makan.

"Macam ni pun ada"

Bagaimanapun, netizen pula berpendapat tindakannya mengamuk itu agak keterlaluan sehingga ada yang memintanya untuk menukar karier kerana perniagaan mungkin bukan bidang sesuai buatnya.

"Pesaing ramai, jangan harap boleh letak harga tinggi"

"Tak sabar eh"

 

"Buat kerja lain lah"

"Tutup kedai lah"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen