Dakwa pakai topi mampu lemahkan iman, netizen berdebat pertikai pandangan ustaz

Perkongsian seorang pendakwah yang dikenali sebagai Dai Fuad di akauan Instagramnya menjadi sorotan warganet ketika ini.

Meskipun sudah tiga hari dimuat naik, namun hantarannya tetap menjadi perhatian dan rancak dibualkan oleh orang ramai.

 

Pakai topi lemahkan iman?

Dalam video tersebut, beliau telah mengulas akan hukum seorang wanita muslimah memakai topi.

Ujarnya, sepertimana yang tertulis dalam kitab perukunan, topi itu mampu melemahkan iman seseorang dan tidak melambangkan identiti orang beriman sebab dahulu pernah dipakai oleh pendakyah yang menyebarkan agama bukan Islam.

 

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by Dai Fuad Mokhtar (@daifuadmokhtar)

 

"Cap tak begitu mesra dengan alam Melayu..."

"Sebab tu daripada kecil saya tak pakai cap..."

"Tak haram pun..."

Adapun begitu, tidak jatuh hukum haram bagi sesiapa yang memakainya kerana waktu itu keadaan berbeza dengan hari ini, bilamana mereka menggayakan topi itu untuk melindungi diri dari panas dan sebagainya.

"Boleh je perempuan nak pakai topi tapi nasihat saya seeloknya dielakkan sebab perempuan tak seharusnya tabarruj (bermegah) dalam pemakaian."

 

"Boleh tunjukkan kitab mana"

Bagaimanapun, netizen berdebat mempertikai ulasan daripada Dai Fuad, bilamana rata-ratanya kurang bersetuju dan ada juga yang kurang faham dengan konteks yang ingin beliau sampaikan.

"Pakai topi, tabarruj?"

"Kalau tak ada apa2, tak payah ulas"

 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen