Dr Malar beza pendapat, anggap guru curah air waktu tidur beri pengajaran pada murid

Beberapa hari lalu, tular video serta beberapa keping gambar memaparkan tindakan seorang guru mencurah air pada muridnya yang sedang tidur di dalam kelas.

Video itu kemudiannya menjadi sorotan dan bualan warganet yang rata-ratanya berbeza respon serta pendapat tentang kejadian tersebut.

 

@ema961 Cikgu Siram Murid Sedang Tidur #Fyp #fypシ ♬ bunyi asal - ema961

 

Guru aset negara

Tidak dengan itu, seorang doktor yang gemar mengulas isu viral juga ada berkongsi pendapatnua tentang video tersebut.

Beliau yang dikenali sebagai Dr Malar dalam hantarannya di Instagram berpendapat bahawa tindakan guru wanita itu lebih kepada ingin mendidik atau memberi pengajaran kepada pelajarnya.

 

 

Demikian kerana beliau juga pernah berdepan situasi sama sewaktu berada di bangku sekolah, namun sebagai pelajar dia akur dengan setiap hukuman yang diterima.

"Terima kasih cikgu!"

Lebih menyentuh emosi, kini beliau yang sudah berjaya bergelar seorang doktor berterima kasih kepada semua warga pendidik yang pernah mengajarnya dahulu.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua cikgu pernah denda saya, terutamanya cikgu sekolah rendah."

"Usaha keras cikgu sekolah rendah didik saya, dapatlah saya masuk sekolah sains..."

Akhir tulisannya, Dr Malar ada menyebut bahawa jenis denda yang dikenakan ke atas pelajar tidur di dalam kelas dahulu lebih dahsyat.

Mungkin perkara itu tidak sesuai dilakukan pada generasi sekarang, namun beliau tetap menghargai usaha barisan guru yang tidak pernah lelah mendidik anak bangsa walau ketegasan mereka sering dipertikai.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen