Dua lelaki ditemui maut, abang gantung diri lepas tikam adik

Oleh: Zuzu Yasmine

Dipercayai bertengkar sebelum maut, seorang lelaki warga emas ditemui dengan beberapa kesan tikaman disyaki dilakukan oleh abangnya sebelum bertindak membunuh diri di sebuah rumah di Jalan Mohamad Naseh, Housing Trust, Ipoh.

Memetik laporan Utusan Online, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada pertengkaran antara mangsa dan abangnya yang bekerja sebagai pemandu teksi yang berusia 70 tahun.

Menurut Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pasukan polis yang tiba di lokasi kejadian menjumpai seorang lelaki berlumuran darah di bahagian dapur akibat ditikam senjata tajam.

Manakala, seorang lagi lelaki ditemui berada di luar kediaman tersebut dalam keadaan leher tergantung.

“Seorang wanita yang juga isteri mangsa berada di dalam rumah ketika kejadian.  Wanita berusia 50-an itu cedera di jari dipercayai ketika cuba meleraikan pertengkaran dua beradik berkenaan.

“Berdasarkan siasatan awal, dua beradik itu memang kerap bertengkar yang mana siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca pergaduhan yang membawa kepada kematian,” katanya.

Hasil siasatan awal di lokasi kejadian, pihak polis menjumpai sebilah pisau yang disyaki digunakan sebagai senjata di sisi pemandu teksi tersebut.

Difahamkan, dua beradik itu juga dikatakan tinggal sebumbung bersama isteri masing-masing dan juga anak lelaki mangsa.

Bagaimanapun, setakat ini pihaknya belum dapat mengesahkan tahap kecederaan mangsa berusia 67 tahun yang maut ditikam.

“Siasatan juga mendapati suspek membunuh adiknya yang merupakan pesara sebelum bertindak menggantung diri.  Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen