Mengaku salah ceroboh pusat tahfiz, lima lelaki didenda dan dipenjara 10 bulan

Seramai lima orang lelaki yang terlibat dalam kes pencerobohan pusat tahfiz minggu lalu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Aisyah, hari ini.

 

Bersalah dengan niat

Siti Aisyah memerintahkan kesemua tertuduh, Wan Haris Wan Ismail, 38; Zulkifli Mohd. Nasir, 27; Azraen Che Mat Noor, 43; Mohd. Amirul Afif Che Mat Noor,  29, dan Rizuwan Hazmi,  47 menjalani hukuman penjara daripada tarikh ditangkap.

Mengikut kertas pertuduhan,  kelima-lima tertuduh didapati bersalah dengan niat telah melakukan pencerobohan di kawasan Pusat Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah,  Jalan Cheneras di sini pukul 5.10  petang, 11 Ogos lalu. 

Siti Aisyah kemudian menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara dan denda RM2,000 serta tambahan enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda kepada kelima-lima tertuduh

 

Tiga didakwa sebabkan kecederaan

Sementara itu, pada prosiding yang sama, tiga tertuduh, Wan Haris,  Zulkifli dan Azraen didapati telah dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Zulhafiz Mohd. Rasid, 26, yang merupakan seorang guru. 

Siti Aisyah menjatuhkan hukuman kepada Wan Haris, Zulkifli dan Azraen juga terhadap Mohd. Amirul dan Rizuwan lapan bulan penjara dan denda RM1,000 atau tambahan enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda. 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen