Sistem perparitan jadi punca banjir, penduduk kecewa pihak pemaju buat 'pekak'

Sebahagian penduduk berhampiran Kampung Tengah Tebrau luah kecewa apabila terpaksa menanggung kerugian setiap kali banjir melanda kawasan berkenaan.

 

 

 

Sistem perparitan punca banjir

Itu bukan bermakna mereka mempertikai 'kerja' Tuhan, tetapi disebabkan oleh sikap pihak pemaju yang lebih memilih untuk pekakkan telinga dengan setiap aduan daripada bertindak melakukan sesuatu bagi menangani masalah banjir.

 

 

 

 Menerusi hantaran Arif di Facebook, menyaksikan telah berlakunya limpahan air yang berterusan sehingga menyebabkan kediaman keluarganya dinaiki air.

 

Pihak pemaju lepas tangan?

Lebih mengecewakan, difahamkan kejadian berpunca daripada sistem perparitan di kawasan itu yang bermasalah, namun tidak diperbaiki oleh pihak pemaju, walhal aduan telah dibuat.

"Telah banyak kerugian akibat banjir disebabkan sistem perparitan yang tidak betul ini. Jadi, mohon pihak pemaju bertanggungjawan atas masalah yang acap kali berlaku..."

Justeru itu, dia berharap agar perkongsiannya itu mendapat perhatian pihak yang berkenaan sekaligus dapat menyelesaikan masalah yang melanda penduduk di situ.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen