Pertama kali jejak pasar malam, wanita Indonesia teruja nampak air ikat tepi

Apabila pertama kali menjejakkan kaki ke negara orang, pastinya kita berasa pelik melihat norma kehidupan penduduknya.

Bukan itu sahaja, di situ juga kita akan menyaksikan suasana yang berbeza yang membuatkan kita teruja menikmati setiap 'moment' baharu.

 

Teruja lihat teh ais bersaiz 'jumbo'

Jadi, tidak hairanlah jika melihat reaksi wanita dari Indonesia ini sewaktu dia dan rakannya pertama kali pergi ke pasar malam di ibu kota.

 

@lilinielsen_ BESAR GILEEE 😱😱 ini seru banget sihh mana enak bgt lagi haha tapi gimana ngabisinnya yak 🤦‍♀️ #fyp #kulinermalaysia #vlognyalili #Tiktokerindonesia ♬ Funny Song - Cavendish Music

 

Dia menerusi videonya di Tiktok, kelihatan teruja melihat beraneka makanan dijual di situ, namun apa yang lebih menarik perhatiannya adalah gerai yang menjual pelbagai jenis air.

 

"Selamat datang ke Malaysia" 

Menurut pemilik akaun bernama Lili, itu juga pertama kali dia melihat air dijual dalam plastik bersaiz besar dan boleh diikat tepi.

Ikut teruja dengan perjalanannya, netizen Malaysia juga tidak ketinggalan menyambut baik kedatangan mereka selain berharap agar mereka seronok berada di sini.

 

"Semoga happy di Malaysia"

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen