Malang cuba ragut ‘batgirl’, dua peragut terciduk dirempuh abang Grab

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak malam tadi, tular di media sosial akan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang gadis hampir menjadi mangsa ragut dipercayai berlaku di depan Menara Felda FGV.

Dalam video yang dimuat naik di laman Twitter, dapat dilihat gadis berbaju kelawar itu berjalan seorang diri sebelum didatangi dua lelaki.

Menerusi video itu juga dapat dilihat berlaku pergelutan diantara gadis berkenaan dan juga lelaki tersebut sebelum dibantu oleh beberapa orang individu dipercayai pemandu Grab.

Susulan itu, dua lelaki berkenaan berjaya ditahan selepas bantuan Abang Grab malah wanita berkenaan juga dipercayai selamat.

Meihat ke ruangan komen, rata-rata warganet geram melihat dua peragut itu yang sihat tubuh badan namun melakukan jenyayah.

Bahkan, mereka juga berterima kasih kepada abang Grab yang mengambil tindakan segara membantu wanita berkenaan.

Abang Grab ikon sebenar!

Tubuh sihat, kerja meragut

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen