Setia bersama, penyokong laung ‘Hidup Bossku’ sambut Najib tiba mahkamah

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak kira apa yang diperkatakan orang, 10 bas penyokong tegar Datuk Seri Najib Razak dari Pekan tiba tiba di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya bagi mengikuti perkembangan prosiding rayuan akhir bekas Perdana Menteri itu.

Susulan ketibaan bekas perdana menteri itu pada jam 9.20 pagi, para penyokong kira-kira lebih 300 orang melaungkan ‘Hidup Bossku’ dan ‘Keadilan untuk Najib’ bagi menunjukkan sokongan mereka.

Menurut salah seorang penyokong yang mesra dengan panggilan Kak Ida, mereka bertolak dari empar sayap UMNO Pekan pada jam 12 malam tadi.

"Kami ke sini hadir untuk memberi sokongan kepada Najib," katanya.

Dalam pada itu, wanita berkenaan agar Ahli Parlimen Pekan itu dibebaskan daripada hukuman penjara 12 tahun dengan denda RM210 juta selepas didapati meyeleweng dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

"Kalau boleh minta Najib dibebaskan. Saya rasa dia seorang sangat baik kerana kita duduk di kawasan Pekan, dia sangat baik," katanya sebak.

Untuk makluman, Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan RM42 juta dana SRC International oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap tiga pertuduhan CBT dan tiga kes pengubahan wang haram serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun, bagi satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen