“Mungkin kita tak cukup berjuang, ayah tak dapat keadilan.” – Anak Najib

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam, hukuman yang dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, nampaknya mengecewakan ramai terutama kaum keluarga serta para penyokongnya.

Susulan itu, Nooryana Najwa Najib berikrar untuk terus berjuang sehingga bapanya dibebaskan dan kembali bersama keluarga.

Menerusi posting di Instagram miliknya, dia meluahkan rasa terkilan apabila bapanya tidak mendapat 'keadilan' di mahkamah tertinggi negara.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by yananajib (@yananajib)

”Mungkin kita tidak cukup berjuang. Mungkin kita meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada sistem keadilan kita. Mungkin kita terlalu percaya dengan sepenuh hati sebab dan tujuan kita sehingga kita berani berjuang selama empat tahun ini.

”Namun, ayah tidak mendapat keadilan hari ini, kami juga tidak berpeluang bertempur,” luahnya.

Dalam pada itu, Nooryana turut mendoakan ayahnya agar terus kuat dan berjanji akan menjaga ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor; adiknya, Ashman dan ‘Abang Jaja’.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan ke atas Najib berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan keputusan lima panel hakim itu berkata, mahkamah tidak mendapati sebarang kesalahan dalam penghakiman yang dibuat Hakim Bicara ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen