Dinding retak tunggu masa nak runtuh, lelaki kecewa pihak berkuasa bagi jiran 'naik' rumah lagi?

Selepas 30 tahun menghuni di sebuah taman perumahan di Taman Klang Jaya, seorang lelaki luah kecewa melihat keadaan rumahnya dipenuhi dengan kesan retakan.

Sekali lihat, sungguh kasihan dengan nasibnya sekeluarga apabila rumah tersebut sepertinya sedang tunggu masa ingin runtuh sahaja.

 

Jiran 'naik rumah' tak ingat dunia

Menerusi perkongsian rakeshbathumalai di Tiktok, memaparkan keadaan rumahnya yang dipenuhi dengan kesan retakan mulai dari ruang tamu sehinggalah ke bahagian dapur.

 

 

@rakeshbathumalai MPK rasuah, hancurkan rumah saya. dengan kelulusan yang diberi tampa usul periksa dengan betul. #fypシ゚viral ♬ original sound - rakeshbathumalai

 

MPK datang periksa, tanpa tindakan?

Jika diamati, di setiap retakan itu terdapat tanda berwarna merah seperti cat 'spray' dan menurut Rakesh, tanda tersebut dibuat oleh pihak berkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) sewaktu membuat pemeriksaan di rumahnya.

Pihak MPK memberitahu bahawa mereka mengambil maklum terhadap aduan yang diajukan dan akan mengambil tindakan selanjutnya ke atas jiran sebelah yang telah berlebihan melakukan pengubahsuaian rumah.

Namun begitu, sedar tak sedar kini sudah memasuki 7 tahun masalah itu tidak diselesaikan, malah rumah jirannya juga telah ditambah menjadi dua tingkat, sementara jiran lain pula menanggung akibatnya.

"Kesiannya"

Menjengah ke ruangan komen, ramai tumpang simpati dengan nasib Rakesh dan berharap agar dia dan jiran lain mendapat pembelaan sewajarnya.

"Teruk sangat rosak tu"

 

"Kena viral baru kerja jalan"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen