“Saya akan terus berkarya...” -Ryan Bakery syukur dapat ‘blue check’

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa sangka dari menghasilkan konten di TikTok, nama Ryan Bakery menjadi bualan ramai malah turut diundangan di stesen radio dan juga televisyen.

'Sound' diguna kelab MU

Rezekinya tidak hanya disitu, baru-baru ini ‘sound’ “Smart woo!” milik pemuda berusia 27 tahun itu telah digunakan dalam video rasmi kelab bola sepak Manchester United.

@manutd

Smart woo, Sancho. 🥶

♬ original sound - ryanbakery - 𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮

Dapat 'blue check'

Bahkan, yang terbaharu, sekali lagi rezeki menyebelahi Ryan Bakery apabila akaun TikTok kini bertanda ‘blue check’.

Perkara itu dikongsikan di story Instagram miliknya dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang sentiasa menjadi semangat untuknya menghasilkan video-video menarik.

“Terima kasih semua yang telah support saya dan sudi menerima content saya sebagai hiburan awak semua,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ryan turut berjanji akan terus berkarya selagi para peminatnya masih lagi setia menanti konten-konten darinya.

“Saya akan terus berkarya sejauh mana penerimaan awak semua terhadap content saya,” tambahnya.

Diharapkan Ryan terus maju dan berkongsi pelbagai video yang menghiburkan ramai orang.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen