‘Nervous’ baca berita bersama isteri, penyampai tersasul sebut ‘sayang’ ketika live?

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan mudah untuk miliki peluang berkerja bersama dengan insan tersayang, bahkan ia akan menjadi momen terindah terutama buat personaliti TV.

Baru-baru ini, tular di media sosial akan momen pembaca berita RTM, Samsia Samsi yang berkesempatan bertugas di slot yang sama dengan suaminya Nazrie Fahmie yang merupakan penyampai segmen sukan.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by Samsia Samsi (@samsia.samsi)

Video tersebut menjadi perhatian ramai apabila suaminya seakan menyebut ‘sayang’ sewaktu menyerahkan tugas kepada isteri bagi menjelaskan berita selanjutnya.

@samsiasamsi

sampai tersasul husband panggil nama kita 🙈

♬ original sound - samsiasamsi

“Sampai tersasul husband panggil nama kita (dipercayai tersebut Sasa Samsi),” tulisnya di ruangan kapsyen.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet mendakwa mereka terdengar suami Samsia menyebut perkataan ‘sayang’ dalam rakaman tersebut.

Bahkan mereka juga memuji pasangan tersebut secocok bahkan terhibur akan gelagat suaminya yang terlalu lama memandang isterinya.

Bagaimanapun, Samsia menjelaskan bahawa suaminya menyebit nama pendekanya ‘silakan Sam’ dan bukan ‘sayang’ seperti didengari warganet.

"Silakan sayang"

Lama pandang isteri bang

Tersasul nama isteri

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen