Isu simpanan hilang makin serius, kerajaan arah bank bertanggungjawab?

Sejak kebelakangan ini, banyak kita dengar akan rungutan orang ramai apabila duit simpanan mereka 'hilang', walhal tidak membuat sebarang transaksi pengeluaran.

 

Kerajaan arah bank bertanggungjawab

Enggan isu itu berlanjutan, kerajaan mengarahkan institusi kewangan dan bank supaya bertanggungjawab terhadap kehilangan wang simpanan pelanggan sekiranya itu berpunca akibat kecuaian mereka.

Dalam waktu sama, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata Bank Negara Malaysia (BNM) juga sedang memantau perkara tersebut.

"BNM memang sedang memantau teliti isu ini. Sudah pasti sesiapa sahaja yang merasa mereka dianiaya, mereka boleh laporkan kepada polis selain bank masing-masing, kerana itu prosedur yang sedia ada digunakan."

-Shahar Abdullah-

Isu telah dibahas dalam Dewan Rakyat

Bukan itu sahaja, isu tersebut juga dikatakan sudah beberapa kali dibangkit dan dibahas pada sesi sidang Dewan Rakyat.

"Dalam masa yang sama, kementerian sudah mengarahkan institusi kewangan serta bank untuk melihat semula sekiranya kecuaian itu berlaku disebabkan mereka, maka institusi kewangan serta bank perlu bertanggungjawab,"

-Shahar Abdullah-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen