Berang minta putus, remaja tekup muka kekasih guna batal hingga maut

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara tidak mahu berpisah, seorang remaja lelaki dipercayai menekup muka kekasihnya dengan bantal di sebuah rumah di Kampung Pandan, Klang.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, remaja berusia 19 tahun itu ditahan di tepi jalan berdekatan lokasi kejadian dipercayai dalam usaha untuk melarikan diri.

 

Pihaknya terdahulu menerima laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan kenalannya iaitu remaja berkenaan meminta bantuan untuk mengambilnya di Kampung Pandan kerana dia sudah menekup muka mangsa menggunakan bantal sehingga tidak sedarkan diri.

Ketika tiba di tempat kejadian, pihak polis menemui mangsa iaitu seorang wanita berusia 24 tahun dalam keadaan terbaring di atas katil di sebuah bilik berkenaan.

"Pemeriksaan pada badan mangsa tidak menjumpai sebarang kesan kecederaan dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

"Bertindak atas maklumat pada 9.20 malam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menahan suspek warga tempatan yang dipercayai terbabit dalam kes ini berdekatan lokasi kejadian.

 

"Suspek berusia 19 tahun dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa ingin memutuskan hubungan dengannya," katanya.

Semasa tangkapan dibuat, polis merampas pakaian yang digunakan oleh suspek semasa kejadian.

Cha berkata, Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sudah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan menjumpai beberapa barang yang boleh membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Pihak polis masih menjalankan siasatan dan akan melengkapkan siasatan dalam tempoh masa yang terdekat," katanya.

Suspek kini direman tujuh hari sehingga 31 Ogos ini.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen