Dirempuh van polis dari belakang, peniaga pelik dirinya pula kena saman

Seorang pemilik akaun Twitter, @itslyzaa_  ada memuat naik satu hantaran di platform berkenaan yang mana dia meluah rasa hairan terhadap tindakan anggota polis mengenakan saman  ke atas abangnya.

 

Kereta berdentum disondol van polis

Menerusi ciapan tersebut, difahamkan abangnya telah terlibat dalam satu kemalangan bilamana sebuah van polis telah merempuhnya dengan kuat dari arah belakang.

  

 

Menceritakan lanjut detik kejadian, abangnya yang juga merupakan pemilik kenderaan jenis Ford Ranger telah memperlahankan keretanya serta membuka 'signal' untuk menyeberang.

Namun, tinggal beberapa meter sebelum tiba di garisan putus, berlaku dentuman kuat dari arah belakang sehingga Ford Ranger tadi hilang kawalan dan memasuki laluan sebelah kanan.

 

Disaman sebab halang laluan

Bagaimanapun, terdapat sedikit kekeliruan terhadap insiden itu bilamana anggota polis sebaliknya mengeluarkan saman ke atas abangnya pula atas kesalahan meletakkan kenderaan dalam bahaya.

 

Polis tak nak tengok dashcam?

Lebih membuat gadis itu marah apabila anggota polis berpangkat Sarjan ketika ditemui di balai polis Temerloh berkeras enggan melihat rakaman dashcam dari kereta abangnya.

Beliau sebaliknya meminta pihak abangnya mencari peguam untuk lawan kes tersebut di mahkamah.

 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen