Syok layan angin atas motor, lelaki menggelupur dapat tahu aksi dirakam polis

Bagi penggemar motor, mereka pasti tahu betapa seronoknya dapat menikmati suasana lebuhraya walaupun adakalanya perbuatan atau gelagat mereka membuatkan orang lain rasa menjengkelkan.

Bukan setakat bunyi ekzos, aksi mereka yang suka mencelah, buat wikang dan 'fly' sesuka hati juga membuat pengguna lebuhraya yang lain rasa tidak selesa.

 

Syok layan angin atas motor

Begitulah juga yang cuba dilakukan oleh lelaki ini, yang mana videonya telahpun tular di setiap platform media sosial.

 

 

Menerusi video berdurasi 21 saat itu, menyaksikan gelagatnya dengan selamba membuat 'fly' di laluan sebelah kiri.

Melihat keadaan jalan ketika itu sunyi dan tidak banyak kenderaan mungkin membuatkan dia berasa selamat, namun lain pula terjadi apabila aksinya itu mencuri perhatian seorang anggota polis.

"Nasib baik tak jatuh"

Selepas menyedari aksinya dirakam, lelaki itu menggelupur membetulkan semula cara pemanduannya dan berlalu pergi meninggalkan anggota terbabit.

Bagaimanapun, nasi sudah menjadi bubur dan mahu atau tidak, dia perlu menanggung risikonya tidak lama lagi susulan surat saman yang akan diterima.

"Member tengah layan angin"

Dalam waktu sama, dia juga menjadi bahan tawa netizen bilamana rata-ratanya terhibur melihat gelagatnya yang terlalu menikmati 'angin' lebuhraya sehingga tidak hirau hal sekeliling.

"Khusyuk betul"

"Tak perasan bunyi siren"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen