Seronok lambung bayi depan jemaah, netizen selar ustaz hati kering. -"Ajaran apa ni?"

"Dunia makin pelik"

Itu antara luahan orang ramai susulan melihat video yang dikongsi oleh pemilik akaun Twitter bernama @lady_bugg11.

 

Ustaz lambung bayi baru lahir?

Menerusi video berdurasi 12 saat itu, kelihatan seorang lelaki bergelar ustaz melambung seorang bayi lingkungan usia tak sampai 2 bulan.

 

 

Dalam video berkenaan, dia melakukan perbuatan tersebut sambil berjalan dan tersenyum di hadapan barisan jemaah masjid yang lain.

"Ajaran sesat mana pula"

Pemilik akaun menerusi tulisannya memberitahu bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan bayi terbabit mengalami pendarahan subdural berserta dengan keretakan tulang dada.

Justeru itu, dia tertanya tanya akan motif ustaz tadi berbuat sebegitu terhadap bayi yang kelihatannya masih belum cukup kuat untuk diperlakukan kasar.

 

"Gila ke apa ni?"

Malah, warganet luah juga luah gerun melihat aksi tersebut yang jelas sekali mengundang bahaya.

 

"Budak tu kecil lagi"

"Ingat timang bola ke?"

 

"Malaysia ke Indonesia?"

Dalam waktu sama, mereka juga tertanya-tanya akan sumber video tersebut diperoleh kerana ingin memaklumkan kepada pihak terlibat bagi menangani situasi tersebut.

"Tak pernah pula nampak"

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen