"Lebih 12 sem projek tak siap..." -UM jawab dakwaan 'curi' kerja calon PhD

Lantaran tular dakwaan Universiti Malaya (UM) mencuri hasil penyelidikan pelajarnya, Pejabat Komunikasi universiti itu tampil menafikan perkara tersebut.

 

 

 

Pelajar PhD dakwa UM curi hasil penyelidikan

Memetik sumber Berita Harian, pihak UM telahpun membuat laporan polis berhubung tularnya sebuah video seorang pelajar dari Yaman yang mendakwa dirinya menjadi antara mangsa kes berkenaan.

"Adalah menjadi dasar universiti bahawa hasil penyelidikan dan hasil ilmiah menjadi hak milik universiti.

"Bagaimanapun (dalam isu ini) universiti sudah memberi peluang dan sumber untuk membantu calon menyempurnakan PhD beliau termasuk lanjutan tempoh pengajian sebanyak tiga semester, selepas tamat tempoh maksimum 12 semester dengan yuran ditaja fakulti,"

Calon diberi kaunseling

 

Dalam pada itu, UM turut memaklumkan bahawa pihaknya juga mengadakan beberapa sesi kaunseling dan melantik penyelia tambahan bagi membantu calon terbabit.

Bagaimanapun, katanya, calon itu didapati masih tidak berupaya untuk menamatkan pengajiannya dalam tempoh lanjutan yang diberi.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen