7 warga asing ditahan, disyaki terlibat kes bunuh pemandu e-hailing

Media melaporkan seorang lelaki warga tempatan ditemui tidak bernyawa di dalam bonet sebuah kereta di Jalan Tugu, Kuala Lumpur pada Isnin.

 

7 warga asing disyaki terlibat kes bunuh

Susulan insiden, polis telah menahan tujuh warga asing kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi iaitu ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, lima lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 26 tahun ditahan selepas pihaknya menerima maklumat berkenaan di mati pada 6.40 pagi.

“Susulan itu, pada 12.45 tengah hari polis menahan lima individu terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita warga asing berusia 20 tahun hingga 24 tahun bagi membantu siasatan,” 

Hasil soal siasat, kurang daripada empat jam kemudian pihaknya menahan dua lagi suspek iaitu lelaki berusia 26 tahun dan wanita berusia 22 tahun.

Bagaimanapun, pihak polis masih menyiasat motif kejadian dan permohonan reman ke atas semua warga asing tersebut akan dibuat esok, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen